Ronaldo tegur penonton ketawakan budak jepun cakap Portugis

BINTANG bola sepak Portugal, Christiano Ronaldo puji usaha seorang budak Jepun yang cuba menemuramahnya dalam bahasa Portugis.

Budak Jepun itu pada mulanya diketawakan kerana pelatnya ketika bercakap dalam bahasa itu sewaktu bertemu Christiano di sebuah majlis promosi di Jepun.

Walau bagaimanapun, pemain bola sepak kegilaan wanita itu mula memuji dan mempersoalkan mengapa penonton lain ketawakannya.

Christiano menyatakan budak lelaki itu bercakap dengan baik sekali dan dia tak faham kenapa mereka ketawa.