'Perang mulut' penumpang dan pekerja, MAS jalankan siasatan

Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS), kini memulakan siasatan terhadap dua pekerjanya setelah video yang memaparkan mereka menjerit kepada sekumpulan pelanggan menjadi viral di media sosial.

Dua klip video yang menjadi viral itu memaparkan dua orang staf MAS sedang bercakap dengan satu kumpulan, yang dalam transit dari Singapura, untuk senyap dan beratur dengan nada menjerit.

Memetik satu kenyataan MAS dari laporan The Star Online, MAS mengatakan mereka memandang isu ini sebagai sangat serius dan siasatan dalaman telah pun dilakukan.