Perompak Bodoh Ditahan, Rakam Video Rompakan

Virginia Beach (Amerika Syarikat): Gara-gara terlalu bodoh, seorang perompak yang telah merompak sebuah di sini minggu lepas telah memuatnaik video aktiviti rompakannya itu ke akaun Instagram miliknya selepas kejadian rompakan itu.

Dominyk Alfonseca, 23, yang memuat naik rakaman video berkenaan selepas beberapa jam merompak bank tersebut telah berjaya dikesan oleh pihak polis.

Pihak polis yang mengetahui perkara tersebut telah bertindak menahan lelaki itu.

Selain memuat naik rakaman video dia juga turut memuat naik nota untuk mengugut wang daripada kerani bank dan wang yang dirompaknya.

Lelaki telah ditemubual sebuah stesen televisyen mengaku tidak bersalah kerana mendakwa dia bersopan ketika melakukan jenayah itu.

“Saya masuk ke bank berkenaan dan bercakap dengan sopan sambil memberikan nota itu kepada juruwang.

“Saya tidak membawa senjata atau menggunakan kekerasan dan juruwang itu memberikan wang kepada saya.

“Rompakan membabitkan unsur paksaan atau ugutan tetapi saya tidak melakukan perkara itu,” katanya.

Menurut polis, hasil maklumat Juruwang berkenaan terpaksa menyerahkan wang berkenaan kerana mangsa takut lelaki tersebut bertindak ganas dan melakukan sesuatu kepadanya.

Alfonseca akan didakwa di mahkamah pada bulan depan atas tuduhan melakukan rompakan.