Pelajar UNIMAP maut jatuh dari tingkat enam bangunan

Penuntut Universiti Malaysia Perlis, (UNIMAP) yang jatuh dari tingkat enam sebuah pasaraya di Alor Setar petang Isnin, disahkan meninggal dunia pada pukul 9 malam hari yang sama.

Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan segera.